Utama Syarat & Dokumen E-Learning
Panduan Pendaftaran

Syarat & Dokumen

Semua yang anda perlu tahu sebelum daftar jadi pemandu GrabCar. Untuk butiran rasmi yang sentiasa terkini, ikut pautan ke laman Grab.

Bahagian 1

Syarat pemandu

Warganegara MalaysiaBerumur 21 hingga 69 tahun, memegang MyKad Biru.
Lesen memandu sahLesen kompeten kelas D atau DA yang sah lebih daripada setahun (bukan lesen P/L).
Lesen PSV (E-Hailing)Wajib bagi setiap pemandu e-hailing.
Akaun bank sendiriAkaun bank persendirian sahaja. Akaun bank syarikat tidak dibenarkan.
Telefon pintarUntuk menggunakan Aplikasi Grab Driver.
Lulus pemeriksaan latar belakangSebahagian daripada proses pendaftaran rasmi.
Bahagian 2

Syarat kenderaan

Pendaftaran ini untuk pemilik kereta sendiri sahaja — tiada perkhidmatan sewa kereta.

Kereta sendiri, 4 pintuDidaftarkan di bawah nama anda sendiri.
Usia bawah 15 tahunHanya kenderaan yang dibuat kurang daripada 15 tahun diterima.
Pemeriksaan PUSPAKOMDiperlukan jika kereta berusia lebih 3 tahun selepas akaun anda aktif.
Permit EVPPermit kenderaan e-hailing — Grab akan memohon bagi pihak anda.
Model kereta: Sesetengah model tidak diterima dan senarainya boleh berubah dari semasa ke semasa. Sila semak senarai terkini di laman rasmi Grab (pautan di bawah) sebelum daftar.
Maklumat Rasmi

Insurans, PSV & model kereta

Maklumat ini kerap dikemas kini oleh Grab. Klik untuk semak butiran terkini terus dari sumber rasmi.

Bahagian 3

Dokumen diperlukan

Sediakan dokumen ini untuk melancarkan proses pendaftaran anda.

MyKad (Biru)Kad pengenalan asal dan salinan.
Geran / Sijil pemilikan kenderaan (VOC)Bukti kereta didaftarkan atas nama anda.
Lesen PSV (E-Hailing)Wajib ada sebelum pendaftaran.
Maklumat akaun bankAkaun atas nama anda sendiri untuk pembayaran.

Dah lengkap semua? Jom daftar.

Isi borang ringkas dan saya akan hubungi anda di WhatsApp untuk bermula.

Isi Borang Pendaftaran