Utama Syarat & Dokumen E-Learning

Pusat Pembelajaran

Masukkan Gmail atau nombor telefon yang didaftarkan dengan Grab. Akses sah selama 30 hari dari tarikh terima SMS pengaktifan akaun Grab.

⏳ Sedang semak akses anda...
⛔ Maklumat tidak dijumpai. Hubungi ejen anda untuk mendapatkan akses.
⌛ Akses anda telah tamat tempoh (30 hari). Hubungi ejen anda untuk pembaharuan.
← Kembali ke Halaman Utama
Pusat Pembelajaran Alpha Drivers

Panduan Pemandu Aktif

Semua yang anda perlu tahu untuk memulakan perjalanan sebagai pemandu GrabCar. Baca semua modul — ini penting untuk kejayaan anda.

7Modul
7Hari akses
PercumaTiada bayaran
1
Selamat Datang & Persediaan Awal
Akaun aktif — apa yang perlu buat sekarang
+

Akaun anda sudah aktif

Tahniah! Langkah pertama yang perlu dilakukan segera:

  1. Klik setuju consent insurans harian — wajib sebelum boleh go online.
  2. Topup wallet — pergi ke 7-Eleven atau stesen minyak berdekatan. Minta tolong juruwang topup e-pay untuk akaun Grab anda.
  3. Fahami 2 jenis bayaran:
💵 Job Cash — Pelanggan bayar TUNAI
Contoh job cash tunai
📱 GrabPay — Pelanggan bayar dalam APP
Contoh job GrabPay cashless
Penting: Untuk job cash, anda perlu ada duit baki untuk bagi kembalian kepada penumpang.

Target wajib 30 job

⚠️ Ambil perhatian: Anda wajib lengkapkan 30 job dalam masa 30 hari dari tarikh akaun aktif — bukan dari hari anda mula online. Tarikh aktif anda boleh semak dari SMS Grab.

Kawasan yang dikira: Berdasarkan homecity yang anda pilih semasa pendaftaran akaun Grab. Contoh bagi homecity Penang: Kulim, Padang Serai, Parit Buntar, Penang Mainland dan Penang Island.

📋 Tujuan utama 30 job: Melengkapkan 30 job dalam kawasan homecity anda adalah syarat untuk claim PSV reimbursement. Tiada dokumen khas perlu dihantar — cukup selesaikan 30 job dalam kawasan homecity anda.
2
Sebelum Mula Online
Cara go online & tips permulaan
+

Start dari rumah dulu

Selagi insurans anda belum ada potongan (masih baru), jangan pergi jauh untuk online. Start online dari rumah dahulu — tunggu job datang kepada anda.

Cara go online

  1. Buka Grab Driver App
  2. Tekan butang Go Online
  3. Pastikan insurans harian sudah aktif (ada tanda hijau)
  4. Tunggu tempahan masuk

Butang Availability

Tekan butang Availability OFF apabila:

  • Tidak mahu terima tugasan berikutnya
  • Nak berhenti rehat
  • Nak isi minyak
  • Tidak mahu terima tugasan back-to-back semasa dalam tugasan
Lokasi butang Availability dalam app
Tips: Masa terbaik untuk online adalah waktu pagi (7–9 pagi) dan petang (5–8 malam) — waktu orang ramai perlu tumpangan.
3
SOP Semasa Dalam Perjalanan
Arrived → Started → Drop-Off → Next Job
+

Urutan butang yang betul

1
Tekan ARRIVED — bila anda sampai di lokasi pickup penumpang.
2
Semak penumpang — pastikan orang yang naik adalah penumpang yang betul.
3
Tekan STARTED — selepas penumpang masuk dan duduk.
4
Tekan DROP-OFF — selepas penumpang turun di destinasi. Terus jika tiada toll.
5
Next Job — sedia untuk tempahan berikutnya. Jangan parking di tempat yang mengganggu kenderaan lain.

🎥 Video: Cara kendali tugasan

Cara handle toll

Untuk job cash dan GrabPay, cara edit toll adalah sama:

  • Tekan Tolls + dalam app semasa perjalanan
  • Masukkan jumlah toll yang dikenakan
  • Kadar tambang tidak termasuk toll — wajib tambah berasingan

🎥 Video: Cara edit toll

Penang Bridge — toll & surcharge (RM5.74)

Mainland ke Penang Island: Toll RM5.74 dimasukkan AUTOMATIK sebelum tamat booking.
Penang Island ke Mainland: Surcharge RM5.74 WAJIB dimasukkan MANUAL sebelum tamat booking.
⚠️ Pastikan jumlah RM5.74 betul. Jangan masukkan lebih daripada RM5.74 (boleh kena tindakan tatatertib). Hanya tambah jumlah lain jika perjalanan melalui toll tambahan di Mainland.
Penang Bridge surcharge mechanics Notis surcharge Penang Bridge dalam app ℹ️ Info rasmi Penang Bridge Surcharge (Grab)

App berguna semasa kerja

🚆 Jadual Kereta Api ✈️ FlightRadar (Jadual Penerbangan)
4
SOP Situasi Khas
No-show, auto-accept, cancel & scammer
+

Customer No-Show

Jika customer tidak muncul atau tersalah tag lokasi:

1
Call customer dahulu apabila sampai di lokasi tagging.
2
Jika customer tidak jawab, tunggu sebentar — jangan terus cancel.
3
Jangan pergi ke lokasi lain kecuali terlalu jauh dari lokasi tagging.
4
Jika customer masih tidak jawab, ikut prosedur customer no-show dalam app.
Penting: Jika anda tertekan pickup dan customer belum naik kenderaan, call customer support untuk pembatalan yang betul.

🎥 Video: Cara handle customer no-show

Jangan Cancel Tanpa Sebab

⛔ Amaran: Jika anda cancel job tanpa sebab yang sah, anda akan kena penalti cancellation rate. Cancellation rate yang tinggi boleh menjejaskan akaun anda.

Amaran Scammer

🚨 Hati-hati scammer! Tugas anda adalah hantar penumpang sahaja. Jika ada penumpang minta anda beli barang atau buat urusan lain — tolak. Anda bukan budak suruhan. Book ride melalui Grab App sahaja untuk perlindungan insurans peribadi Grab.
Contoh mesej scammer

Tugas anda hanya ambil dan hantar penumpang — bukan budak suruhan beli barangan. Elakkan dari tertipu dengan scammer.

5
Dompet & Kewangan
Transfer wang, PSV reimbursement
+

Cara Transfer Wang

Anda boleh transfer duit dari cash wallet ke:

  • Kredit wallet (dalam Grab)
  • Akaun bank anda sendiri

Caranya: Buka Dompet dalam Grab Driver App → pilih Dompet Tunai → Transfer.

PSV Reimbursement

📥 PSV reimbursement akan masuk melalui cash wallet anda — bukan terus ke bank. Pastikan anda semak cash wallet dari semasa ke semasa.
6
Jaga Akaun & Dokumen
Update insurans, tukar status kenderaan
+

Update Insurans & Dokumen

Bila insurans atau dokumen hampir tamat tempoh:

  • Renew insurans sekurang-kurangnya 3 minggu awal sebelum tamat
  • Grab ambil masa 2–7 hari bekerja untuk proses kemaskini dalam sistem
  • Cara update: Grab Driver App → ProfilDokumen
⚠️ Jangan tunggu last minute! Jika dokumen tamat tempoh dan belum update, akaun anda akan digantung sehingga dokumen baru diluluskan.

Selepas Selesai 30 Job — Tukar Status Kenderaan

✅ Selepas complete 30 job — anda perlu tukar status kenderaan dari persendirian ke e-hailing.
  • Kereta bawah 3 tahun: tidak perlu PUSPAKOM. Tukar status kenderaan terus melalui aplikasi MyJPJ.
  • Kereta 3 tahun ke atas: wajib jalani pemeriksaan PUSPAKOM dahulu, kemudian tukar status kenderaan.
📄 Cara declare kenderaan ke e-hailing 🔧 Panduan pendaftaran MyPUSPAKOM
7
Sumber & Bantuan Tambahan
App berguna & customer support
+

App Berguna

🚆 Jadual Kereta Api ✈️ FlightRadar24

Cara Hubungi Customer Support

Jika ada masalah dalam tugasan atau akaun anda, sila hubungi customer support.

📱 Cara melalui app:
Grab Driver App → Help Centre → pilih isu berkaitan → Chat atau Call