Pendaftaran 100% PERCUMA — tiada sebarang caj untuk daftar dengan saya
Utama Syarat & Dokumen E-Learning
Bantuan pendaftaran pemandu

Daftar jadi pemandu GrabCar.

Saya bantu uruskan proses pendaftaran anda dari awal sehingga selesai. Isi borang ringkas di bawah, dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

Pendaftaran percuma · Untuk pemilik kereta sendiri · Saya bimbing proses daftar

PercumaTiada caj untuk daftar
FleksibelPandu ikut masa anda
Akses E-LearningPortal latihan untuk pemandu aktif
Kenapa Daftar Dengan Saya

Apa yang anda dapat

Maklumat jujur — tanpa janji pendapatan yang bukan-bukan.

Pendaftaran percuma

Saya tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membantu anda daftar.

Bimbingan proses pendaftaran

Saya tolong anda melalui langkah-langkah pendaftaran sehingga selesai.

Masa fleksibel

Anda yang tentukan masa memandu — pagi, petang, atau hujung minggu.

PSV reimbursement

Terdapat program bayaran balik PSV (tertakluk kepada terma & syarat).

Butiran rasmi di laman Grab →
Maklumat Rasmi · Kerajaan

Subsidi Petrol BUDI95

Program subsidi petrol RON95 bersasar daripada Kerajaan untuk pemandu e-hailing yang layak.

Pemandu e-hailing yang layak boleh mendapat peruntukan petrol RON95 bersubsidi tambahan di bawah program BUDI95 — di atas peruntukan asas bulanan untuk orang awam. Jumlah tambahan bergantung pada jarak perjalanan di semua platform e-hailing berdaftar pada bulan sebelumnya.

Automatik untuk pemandu yang layak — dikemas kini sekitar pertengahan bulan berikutnya.
Peruntukan yang tidak digunakan tidak dibawa ke bulan berikutnya — ia disegarkan semula setiap bulan.
Pemandu GrabTaxi tidak layak di bawah BUDI95 — mereka guna sistem SKPS yang berbeza.
Panduan BUDI95 di Grab → Laman Rasmi BUDI95 →
Kadar dan jadual subsidi berperingkat ditetapkan oleh Kerajaan dan tertakluk kepada kemas kini rasmi. Sila semak kelayakan dan butiran terkini di laman rasmi di atas. Untuk masalah kelayakan, hubungi pusat bantuan BUDI95 di 1300-88-9595 atau e-mel tanya@budi95.gov.my.
Cara Daftar

3 langkah mudah

Saya temankan anda setiap langkah.

1

Sediakan dokumen

Kumpulkan dokumen asas. Senarai penuh ada di halaman Syarat & Dokumen.

2

Isi borang & daftar

Isi borang di laman ini. Saya akan hubungi anda dan bantu daftar melalui Aplikasi Grab Driver.

3

Lengkapkan latihan

Lengkapkan latihan Grab Academy dan tunggu pengesahan dokumen.

Jangkaan tempoh proses: Selepas semua dokumen dihantar dan lengkap, proses pendaftaran mengambil masa 4–14 hari bekerja. Sila pastikan semua dokumen lengkap untuk elak kelewatan.
Borang Pendaftaran

Daftar dengan saya

Pilih status anda di bawah. Pendaftar baru boleh isi borang dan kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.

Percuma — tiada caj untuk daftar
Untuk pemilik kereta sendiri
Saya bimbing proses pendaftaran
Soalan Lazim

Soalan biasa ditanya

Tidak. Bantuan pendaftaran daripada saya adalah percuma. Berhati-hati dengan sesiapa yang meminta bayaran untuk daftar.
Selepas semua dokumen dihantar dan lengkap, proses mengambil masa 4–14 hari bekerja. Pastikan semua dokumen lengkap untuk elak kelewatan.
Pendaftaran ini adalah untuk pemilik kereta sendiri sahaja. Buat masa ini saya tidak menyediakan perkhidmatan sewa kereta.
Secara umum, kereta 4 pintu berusia bawah 15 tahun. Senarai model terkini boleh disemak di laman rasmi Grab.

Sedia untuk daftar?

Isi borang dan saya akan hubungi anda untuk bermula.

Isi Borang Pendaftaran